Kursus Arduino Untuk Pelajar Sekolah

Arduino adalah microcontroller dari sumber terbuka yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.Ia mempercepatkan proses pembelajaran kerana mudah difahami oleh setiap lapisan pelajar.

Pelbagai projek boleh di lakukan menggunakan Arduino.Daripada asas menyalakan lampu LED sehinggalah mengawal robot.Ini yang membuatkan pelajar bertambah minat untuk mempelajari Arduino ini.

Projek-Projek Berasaskan Arduino

  1. Asas Komponen Elektronik
  2. Menyalakan Lampu LED secara berkelip-kelip
  3. Menyala & Mematikan lampu LED
  4. Membaca suhu sekitar
  5. Pergerakan lengan robot
  6. Robot yang boleh mengelak halangan
  7. Robot yang bergerak mengikut garisan
  8. Robot yang dikawal melalui aplikasi bluetooth di Smartphone
  9. Pengesan kelajuan kereta
  10. Pengesan Asap
  11. Mengukur jarak menggunakan sensor ultrasonic
  12. Memantau paras air

Diantara projek-projek yang akan di lakukan oleh pelajar sepanjang kursus Arduino ini.Melalui kaedah ini,dapat menjadikan pelajar aktif dalam mengenalpasti masalah dan jalan penyelesaiannya.

Mereka akan berinteraksi bersama kawan-kawan yang membentuk sifat kerjasama dan bantu membantu.